Penahanan ISA 2010

Penahanan ISA 2010 dilakukan oleh Kementerin Dalam Negeri terhadap 12 rakyat asing dan tempatan di Sungai Cincin , Gombak,Selangor. Lokasi ini hanya 4 km dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendapat maklumat bahawa mereka dikaitkan dengan gerakan Wahabi - agen keganasan antarabangsa Timur Tengah . Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan kuliah agama di sebuah apartmen pada 21 Januari 2010, apabila Unit Tindakan Khas Polis menyerbu rumah itu.Majoritinya pelajar Timur Tengah . Mereka dijadikan kambing hitam untuk menepis tekanan antarabangsa . Mereka dikaitkan dengan pengganas dan tersenarai sebagai orang paling dikehendaki oleh negara asal, agensi perisik dan badan anti pengganas antarabangsa.[1] Berilah mereka peluang membela diri di mahkamah dan menggunakan khidmat peguam. Blog Hanifsalleh.blogspot.com menyatakan selepas pensyarah Aiman Yusof Al-Daqqaq dari Syria berada di UIAM, fahaman Wahabi semakin berkembang di kalangan penuntut-penuntut universiti tersebut.Sarang Wahabi di seperti I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah patut diserbu kerana cenderung menentang kerajaan dan membelakangi jabatan-jabatan agama yang diiktiraf oleh Sultan. Dikatakan pengebom-pengebom tempat-tempat awam di Indonesia berfahaman Wahabi. Osama bin Laden juga berfahaman Wahabi. Umat Islam yang tidak mengikut acuan mereka akan dituduh sebagai pembuat bidaah, kafir dan syirik. [2]